CIRI-CIRI GURU BERKESAN


               Bagi  melahirkan guru yang berkesan dan cemerlang terdapat ciri-ciri tertentu yang  harus  diikuti dan tanamkan dalam diri setiap insane yang bernama guru. Antara ciri-ciri guru yang berkesan yang  disarankan  oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah  ialah :

·         Bersikap professional
·         Mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori.
·         Kaya ilmu.
·         Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
·         Bermoral  teguh.
·         Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
·         Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
·         Berkebolehan menilai kekuatan dan  kelemahan murid-murid.
·         Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·        Menampilkan watak terpuji, berimej,berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
·         Mempastikan situasi ‘ Guru mengajar murid belajar  “ wujud didalam kelas.
·       Berupaya  melahirkan  ‘Persekolahan berwatak ‘ supaya pelajar  mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

ISRA' DAN MIKRAJ

Pengajaran Isra' dan Mikraj

        Rasulullah s.a.w adalah merupakan manusia mulia yang membawa kebenaran dan kedamaian ke seluruh pelusuk alam.Baginda adalah sumber hidayah yang melimpahkan sinarnya apabila terdapat kekeliruan dan kesesatan.Cahaya bagi setiap kejahilan.Keputusan bagi setiap persoalan dan permasalahan.Baginda di utus untuk menutup pintu kenabian untuk menjadi pancaran Nur kepada umatnya sehingga langit terpecah belah,bintang-bintang gugur bertaburan dan bumi ini dilipat serta dijadikan sesuatu yang berlainan yang dinamakan Kiamat.Sesungguhnya sekelumit dari kisah hayatnya , amat menyayukan kita di dalam menatapi sejarah.

      Berbagai ujian dan cabaran dihadapi oleh Baginda s.a.w.Beliau dituduh gila dan difitnah, namun semuanya itu dilalui dengan penuh keyakinan dan tidak terusik sedikit pun daripada keimanannya.Para musuh Musyrikin semakin bingung.Setiap hari semakin ramai pula yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w  lalu ditawarkan kepada baginda kekayaan, kuasa dan wanita cantik.Semuanya itu ditolak oleh Rasulullah s.a.w.