PENDIDIKAN ISLAM:AKIDAH TAHUN 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran            : Pendidikan Islam
Tarikh                          : 01 September 2011 
Tahun                          : 2 Firdaus
Masa                           : 9.00-10.00 pagi        
Bilangan murid            : 30 Orang
Tajuk Umum               : Akidah
Tajuk Pelajaran           : Tugas-tugas Malaikat



FOKUS :
            1) Pemahaman          : Mengetahui bahawa malaikat mempunyai tugas tertentu.
            2) Amalan                   : Patuh suruhan Allah dan menjauhi larangannya.
            3) Penghayatan         : Rasa takut melakukan kesalahan (dosa).
            4) Pembudayaan       : Sentiasa berhati-hati dalam perbuatan seharian.

KONSEP :

            1) Konstraktivisme
            2) Koperatif
            3) Teori kecerdasan pelbagai

KAEDAH :

            1) Sumbang saran
            2) Pembentangan
            3) Penerangan
            4) Perbincangan

TEKNIK :

            1) Memberi saranan
            2) Menerangkan
            3) Berbincang
            4) Membentangkan

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

            1) Al-Quran/Hadith
            2) Carta nama-nama malaikat dan tugasnya
            3) Kertas mahjong
            4) Video
            5) Slide show
            6) Buku teks

PERSEDIAAN :

            1) Rakaman Al-Quran
            2) Carta nama-nama malaikat dan tugasnya
            3) Alat-alat bahan bantu / ICT dalam keadaan baik

PENGETAHUAN SEDIA ADA :

            1) Murid mengetahui setiap malaikat mempunyai tugas tertentu.
            2) Murid memahami setiap malaikat bertugas sepanjang masa.
            3) Malaikat menjalankan tugas semata-mata kerana Allah dan taat kepada-Nya.



HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat
            1) Menyenaraikan nama-nama malaikat dan tugas-tugas mereka
            2) Menghuraikan cara malaikat menjalankan tugas
            3) Membanding-beza antara tugas malaikat dengan manusia





Langkah/ Masa

Isi Pengajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Teori Gagne


Pendahuluan
(2 minit)


Bacaan doa

Guru meminta seorang wakil murid untuk membaca doa.

Murid membaca doa beramai- ramai sebelum memulakan pelajaran.


Set Induksi
(5 minit)
Video berkenaan tingkah laku Dodo yang sentiasa diperhati dan dicatat oleh seseorang.
Bersoal-jawab:
1) Apakah yang dapat dilihat oleh murid berdasarkan video yang telah ditayangkan?
2) Siapakah yang sentiasa mengekori dan mencatat setiap perlakuan Dodo di dalam video ini?
Guru mengaitkan video tersebut dengan tajuk pembelajaran pada hari ini (tugas-tugas malaikat).

Guru memasang video berkaitan tingkah laku Dodo yang sentiasa diperhatikan oleh seseorang.

Berdasarkan video, guru mengemukakan beberapa soalan kepada murid.
Murid melihat video yang telah dipaparkan oleh guru.


Murid menjawab soalan guru.


Bahan Bantu Mengajar : Video
Langkah 1:

Mendapatkan perhatian murid.

-Sebelum sesuatu pembelajaran berlaku, kita perlu menarik perhatian murid melalui persembahan sesuatu yang baru atau fakta yang menarik dan menanyakan soalan.
Langkah 1
(3 minit)
Objektif
1) Menyenaraikan nama-nama malaikat dan tugas-tugas mereka.
2) Menghuraikan cara malaikat menjalankan tugas.
3) Membanding-beza antara tugas malaikat dengan manusia.


Guru menerangkan objektif  p&p yang ingin dicapai pada hari ini.

Murid mendengar penerangan guru.


Bahan Bantu Mengajar:
Buku Teks
Langkah 2:

Memaklum objektif.

Nyatakan tujuan persembahan dan mengapa murid perlu mengikutinya.
Langkah 2
(5 minit)


Soal-jawab :
1) Berikan pengertian beriman kepada malaikat.
2) Jelaskan sifat-sifat malaikat. 

Guru meminta para murid menyebut pengertian beriman kepada malaikat dan menjelaskan sifat-sifat malaikat.
Murid menjawab soalan guru secara individu dan berkumpulan sepertimana yang diarahkan oleh guru.
Langkah 3:

Mengalakkan ingat kembali.
Guru mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada murid.

Langkah 3
(5 minit)
Senarai nama-nama malaikat dan tugas-tugas mereka.
1) Jibril-Menyampaikan wahyu.
2) Mikail-Menurunkan hujan.
3) Israfil- Meniup sangkakala.
4) ‘Izrail-Mencabut nyawa.
5) Mungkar-Menyoal mayat di dalam kubur.
6) Nakir-Menyoal mayat di dalam kubur.
7) Ridhuan-Menjaga pintu syurga.
8) Malik-Menjaga pintu neraka.
9) Raqib-Menjaga amalan baik.
10) ‘Atid-Menjaga amalan buruk.
Guru memberi penjelasan kepada para murid tentang nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya.
Murid mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru.


Bahan Bantu Mengajar :
Buku Teks Dan Carta
Langkah 4:

Menyampaikan stimulus dan maklumat.


Langkah 4
(8 minit)

Dalil naqli berkaitan tugas-tugas malaikat.
1) Surah at-Tahrim ayat 6 berserta terjemahannya.
2) Surah al-Infitor ayat 10 hingga 12 berserta terjemahannya.

Guru memaparkan carta dalil tugas-tugas malaikat dan meminta murid membacanya.

Murid mendengar arahan guru dan membaca dalil-dalil yang telah dipaparkan oleh guru.


Bahan Bantu Mengajar :
Kertas Mahjong

Menyampaikan stimulus dan maklumat.

Langkah 5
(10 minit)
Menyatakan tugas-tugas lain bagi malaikat.
1) Mendoakan orang mukmin.
2) Menanggung ‘arasy.
3) Membantu dan menolong tentera Islam.
4) Bertasbih dan beribadah kepada Allah.
5) Menyampaikan berita gembira.
Guru meminta pelajar menyenaraikan tugas-tugas lain bagi malaikat .
Pelajar mendengar arahan guru dan melakukan kerja yang diarahkan oleh guru.


Bahan Bantu Mengajar :
Lembaran kertas dan slide show
Langkah 5:
Minta tindakan.
Murid bertindak sebaik sahaja menerima arahan guru.

Langkah 6
(12 minit)
Membezakan antara tugas malaikat dengan manusia.
1) Tugas malaikat :
- Taat.
- Melakukan tugas tanpa mendapat balasan pahala.
-Sentiasa beribadah kepada Allah.
2) Tugas manusia :
-Melakukan tugas dengan pilihan.
- Melakukan tugas dan mendapat balasan pahala.
- Memakmurkan kehidupan di dunia.
Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan.

3 kumpulan diminta untuk menyenaraikan  tugas malaikat.

Manakala 3 kumpulan lagi dikehendaki untuk menyenaraikan tugas manusia.

-Guru meminta para murid untuk membentangkan  hasil kerja masing-masing.
Murid berada di dalam kumpulan.

Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid.

Setiap murid berbincang didalam kumpulan berkenaan dengan tajuk yang diberikan.

Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing.


Bahan Bantu Mengajar:
Lembaran kertas dan slide show
Langkah 6:

 Memberi bantuan pembelajaran.


Penilaian
(5 minit)
Secara lisan:
Senaraikan nama-nama malaikat.
Terangkan cara malaikat menjalankan tugas.
Secara bertulis:
Senaraikan tugas-tugas malaikat berdasarkan nama-nama yang telah diberi.
Jelaskan perbezaan tugas malaikat dengan tugas manusia.
Apakah perasaan anda apabila melakukan kesalahan? Mengapa?
Guru menanyakan kepada para murid tentang nama-nama malaikat dan cara malaikat menjalankan tugas.




Guru memberikan lembaran kerja dan meminta murid untuk menjawabnya di rumah.
Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.



Murid menyelesaikan soalan yang diberikan oleh guru dirumah.


Bahan Bantu Mengajar:
Slide show dan lembaran kertas
Langkah 7:

Beri latihan.

Minta murid memberikan respon.


Minta murid membuat latihan.



Langkah 8:
Memberi maklum balas.

Aktiviti pengukuhan.

Nyatakan maklumat balas.


Penutup
(5 minit)

Guru mempamerkan video tentang seorang pelajar yang benar-benar meyakini dan mempercayai kewujudan malaikat sehingga pelajar tersebut benar-benar merubah tingkah lakunya.

Guru meminta para murid untuk menyaksikan video tersebut.

Murid melihat video tersebut dengan teliti.


Bahan Bantu Mengajar:
Video

Langah 9:

Meningkatkan dan mengekalkan pengajaran.

Tingkatkan pengajaran dengan tujuan pembelajaran yang ditetapkan dapat dicapai.





NAMA MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA

Nama
 Bahasa Arab
Tugas
Jibrail
جبرائيل/جبريل
Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail
ميكائيل
Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil
إسرافيل
Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
Izrail
عزرائيل
Mencabut nyawa.
Munkar
منكر
Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir
نكير
Menyoal mayat di dalam kubur.
Ridhwan
رضوان
Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik
مالك
Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib
رقيب
Mencatat segala amalan baik manusia  ( di bahu kanan)
Atid
عتيد
Mencatat segala perlakuan buruk manusia (di bahu kiri )

BELAJAR JAWI


BELAJAR MENGEJA JAWI





Untuk lebih banyak paparan belajar mengeja JAWI,sila klik link di bawah

PENDIDIKAN ISLAM :IBADAT TAHUN 5


 
TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ 


v  Ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu.
vTayammum adalah merupakan salah satu nikmat yang paling besar yang 
dianugerahkan hanya kepada umat Muhammad s.a.w.:
 
“ Aku diberi lima kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada seorang  pun sebelumku. Aku diberikan pertolongan di mana musuh berasa gentar (takut) sebulan sebelum peperangan, seluruh muka bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan alat untuk bersuci. Oleh itu, mana-mana umatku yang menepati waktu solat telah masuk, dia bolehlah terus solat di situ... (Hadis Riwayat Bukahri Dan Muslim)

Tayammamu adalah merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah dengan kaedah-kaedahnya yang tertentu berdasarkan dalil-dalilnya.
 
Imran bin Hushoin r.a. berkata: 
 
“Kami telah musafir bersama Rasulullah s.a.w. Baginda telah mengimami solat. Setelah selesai solat, baginda
melihat seorang lelaki tidak solat bersama. Lalu baginda
bertanya: apakah yang menghalangmu daripada solat bersamaku? Jawabnya: Aku sedang berjunub dan tidak menemui air. Baginda bersabda: Gunalah debu tanah, iaitu bertayammum. Ia sudah memadai bagimu.”

 (Hadis RiwayatBukhari Dan Muslim)
  
Amr bin Syu’aib r.a. berkata, ayahnya pernah mendengar dari[pada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda

“Bumi ini dijadikan bagiku sebagai masjid (tempat solat) dan alat untuk bersuci jika  tiada air. Oleh itu, di mana saja aku mendapati waktu solat telah masuk, aku akan  menyapu (bertayammum) dan terus solat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
 
Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
 
“Kita ada tiga kelebihan berbanding umat yang lain, iaitu saf-saf kita kelihatan seperti saf para malaikat, seluruh bumi boleh dijadikan masjid (tempat solat) dan tanahnya boleh dijadikan alat untuk bersuci apabila kita tidak menemui air.” (Hadis Riwayat Muslim)
 
Ammar r.a. berkata:
 
“Suatu ketika, aku telah berjunub. Kemudian, aku tidak menemui air lalu aku berguling di atas tanah. Seterusnya, aku menunaikan solat. Setelah menemui Nabi s.a.w. aku ceritakan hal itu kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Sebenarnya, memadai engkau hanya melakukan begini lalu baginda menepuk tanah dengan kedua-dua belah tapak tangannya serta meniup kedua-duanya. Kemudian, baginda menyapu muka dan tapak tangan hingga ke pergelangan tangannya dengan debu itu.” 

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim




SYARAT-SYARAT TAYAMUM

1)      Ketiadaan Air

v  Semasa musafir setelah ia yakin benar-benar  tiada air tanpa perlu mencari lagi. Jika ragu-ragu kemungkinan air itu ada ataupun tidak , maka wajib mencarinya dengan syarat aman daraipada segala bahaya.
v  Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka bolehlah ia bertayamum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah bertayamum.

2)      Keuzuran Kerana sakit

v  Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun bertambah sakit  bila terkena air.

3)      Air Diperlukan Untuk Keperluan Yang lebih Penting

v  Air itu ada tetapi diperlukan untuk minuman atau keperluan binatang yang dihormati.

4)      Dilakukan Setelah masuk Waktu

v  Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamun itu darurat. Sebagaimana maksud Firman Allah dalam surah Al-Nisa’ : 43  yang bermaksud  :

“ …..Dan   jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tempat  buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air ( untuk mandi atau berwuduk ), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu ayang suci iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu . “

5)      Mengetahui Arah Kiblat Yang Sebenar Sebelum Bertayamum

6)      Menggunakan Debu Tanah Yang Suci

v  Menggunakan debu tanah bersih lagi suci. Kalau bercampur dengan tepung atau pasir, tidak harus menggunakannya.






RUKUN TAYAMUM

1)      Niat,  lafaznya :


                                               
                                    “ Saya bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-                                                       
                                       mata kerana Allah taala .”

v  Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semaa menepuk debu itu.

2)      Menyapu Debu Tanah Ke Muka
3)      Menyapu Debu Tanah ke tangan ( dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu ke muka tadi ) sehinggalah ke siku.
4)      Tertib






PERKARA  SUNAT TAYAMUM

1)      Membaca Basmalah
2)      Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.
3)      Berturut-turut.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

1.   Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan   tayamum
2 .  Murtad
3.   Mendapat air. Sekiranya telah memperolehi air setelah bertayamum,              tetapi belum solat perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan    bersolat.Sekiranya sesudah solat ( dengan bertayamum ) tiba-tiba       adanya air, solat tadi tidak wajib diulang.


v  PERINGATAN :
 Setiap tayamum hanya boleh mengerjakan  satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja.





 CARA BERTAYAMUM MENGUNAKAN DEBU TANAH.

1.      Tepuk tangan ke debu



                        2. Sapu Muka


   
                                  
2.      Bersihkan tangan dari debu
3.      Tepuk tangan sekali lagi ke debu
4.      Sapu tangan kanan
5.      Sapu tangan kiri