CIRI-CIRI GURU BERKESAN


               Bagi  melahirkan guru yang berkesan dan cemerlang terdapat ciri-ciri tertentu yang  harus  diikuti dan tanamkan dalam diri setiap insane yang bernama guru. Antara ciri-ciri guru yang berkesan yang  disarankan  oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah  ialah :

·         Bersikap professional
·         Mempamerkan cirri-ciri kekuatan teori.
·         Kaya ilmu.
·         Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
·         Bermoral  teguh.
·         Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
·         Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
·         Berkebolehan menilai kekuatan dan  kelemahan murid-murid.
·         Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
·        Menampilkan watak terpuji, berimej,berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
·         Mempastikan situasi ‘ Guru mengajar murid belajar  “ wujud didalam kelas.
·       Berupaya  melahirkan  ‘Persekolahan berwatak ‘ supaya pelajar  mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

0 comments:

Catat Ulasan