PENDIDIKAN ISLAM :IBADAT TAHUN 5


 
TAYAMMUM – KAEDAH BERSUCI PENGGANTI WUDHU’ 


v  Ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu.
vTayammum adalah merupakan salah satu nikmat yang paling besar yang 
dianugerahkan hanya kepada umat Muhammad s.a.w.:
 
“ Aku diberi lima kelebihan yang tidak pernah diberikan kepada seorang  pun sebelumku. Aku diberikan pertolongan di mana musuh berasa gentar (takut) sebulan sebelum peperangan, seluruh muka bumi dijadikan bagiku sebagai masjid dan alat untuk bersuci. Oleh itu, mana-mana umatku yang menepati waktu solat telah masuk, dia bolehlah terus solat di situ... (Hadis Riwayat Bukahri Dan Muslim)

Tayammamu adalah merupakan bentuk pengabdian diri kepada Allah dengan kaedah-kaedahnya yang tertentu berdasarkan dalil-dalilnya.
 
Imran bin Hushoin r.a. berkata: 
 
“Kami telah musafir bersama Rasulullah s.a.w. Baginda telah mengimami solat. Setelah selesai solat, baginda
melihat seorang lelaki tidak solat bersama. Lalu baginda
bertanya: apakah yang menghalangmu daripada solat bersamaku? Jawabnya: Aku sedang berjunub dan tidak menemui air. Baginda bersabda: Gunalah debu tanah, iaitu bertayammum. Ia sudah memadai bagimu.”

 (Hadis RiwayatBukhari Dan Muslim)
  
Amr bin Syu’aib r.a. berkata, ayahnya pernah mendengar dari[pada datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda

“Bumi ini dijadikan bagiku sebagai masjid (tempat solat) dan alat untuk bersuci jika  tiada air. Oleh itu, di mana saja aku mendapati waktu solat telah masuk, aku akan  menyapu (bertayammum) dan terus solat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
 
Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
 
“Kita ada tiga kelebihan berbanding umat yang lain, iaitu saf-saf kita kelihatan seperti saf para malaikat, seluruh bumi boleh dijadikan masjid (tempat solat) dan tanahnya boleh dijadikan alat untuk bersuci apabila kita tidak menemui air.” (Hadis Riwayat Muslim)
 
Ammar r.a. berkata:
 
“Suatu ketika, aku telah berjunub. Kemudian, aku tidak menemui air lalu aku berguling di atas tanah. Seterusnya, aku menunaikan solat. Setelah menemui Nabi s.a.w. aku ceritakan hal itu kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Sebenarnya, memadai engkau hanya melakukan begini lalu baginda menepuk tanah dengan kedua-dua belah tapak tangannya serta meniup kedua-duanya. Kemudian, baginda menyapu muka dan tapak tangan hingga ke pergelangan tangannya dengan debu itu.” 

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim




SYARAT-SYARAT TAYAMUM

1)      Ketiadaan Air

v  Semasa musafir setelah ia yakin benar-benar  tiada air tanpa perlu mencari lagi. Jika ragu-ragu kemungkinan air itu ada ataupun tidak , maka wajib mencarinya dengan syarat aman daraipada segala bahaya.
v  Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka bolehlah ia bertayamum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah bertayamum.

2)      Keuzuran Kerana sakit

v  Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun bertambah sakit  bila terkena air.

3)      Air Diperlukan Untuk Keperluan Yang lebih Penting

v  Air itu ada tetapi diperlukan untuk minuman atau keperluan binatang yang dihormati.

4)      Dilakukan Setelah masuk Waktu

v  Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamun itu darurat. Sebagaimana maksud Firman Allah dalam surah Al-Nisa’ : 43  yang bermaksud  :

“ …..Dan   jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tempat  buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air ( untuk mandi atau berwuduk ), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu ayang suci iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu . “

5)      Mengetahui Arah Kiblat Yang Sebenar Sebelum Bertayamum

6)      Menggunakan Debu Tanah Yang Suci

v  Menggunakan debu tanah bersih lagi suci. Kalau bercampur dengan tepung atau pasir, tidak harus menggunakannya.






RUKUN TAYAMUM

1)      Niat,  lafaznya :


                                               
                                    “ Saya bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-                                                       
                                       mata kerana Allah taala .”

v  Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semaa menepuk debu itu.

2)      Menyapu Debu Tanah Ke Muka
3)      Menyapu Debu Tanah ke tangan ( dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu ke muka tadi ) sehinggalah ke siku.
4)      Tertib






PERKARA  SUNAT TAYAMUM

1)      Membaca Basmalah
2)      Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.
3)      Berturut-turut.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM

1.   Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah juga membatalkan   tayamum
2 .  Murtad
3.   Mendapat air. Sekiranya telah memperolehi air setelah bertayamum,              tetapi belum solat perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan    bersolat.Sekiranya sesudah solat ( dengan bertayamum ) tiba-tiba       adanya air, solat tadi tidak wajib diulang.


v  PERINGATAN :
 Setiap tayamum hanya boleh mengerjakan  satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja.





 CARA BERTAYAMUM MENGUNAKAN DEBU TANAH.

1.      Tepuk tangan ke debu



                        2. Sapu Muka


   
                                  
2.      Bersihkan tangan dari debu
3.      Tepuk tangan sekali lagi ke debu
4.      Sapu tangan kanan
5.      Sapu tangan kiri




0 comments:

Catat Ulasan